so,aku decide untuk tanam getah sebab tanah tu lebih sesuai untuk tanaman getah jer dan benda pertama yang aku kena buat dah tentu kena bersihkan tanah dulu kalau tidak macam mana nak tanam pokok getah kan..hehe
kos upah bersih tanah: Rm2850
kemudian aku beli anak pokok getah sebanyak 400 pokok berharga rm4 sepokok tinggi 4kaki dan kemudiah aku upah orang untuk tanam pokok getah tu. jarak satu pokok ke pokok lain adalah 8m x 2.5m.kos upah tanam dan beli anak pokok getah aku habis rm2600.
walaupun tanah tu tak luas mana tapi banyak juga duit yang aku kena keluarkan.
itu belum termasuk kos meracun lagi,aku ni bukan la kaya sangat sampai nak habiskan semua duit simpanan macam tu jer..
so,bila aku fikir-fikir balik aku mesti buat sesuatu untuk dapatkan sumber kewangan lain untuk tampung semua kos kebun getah sekangkang kera ni. maklum la bukan senang nak 'membesarkan' pokok-pokok getah ni sampai boleh dapat hasil balik.
bila semua anak getah dah siap di tanam,entah macam mana tiba-tiba aku rasa nak tanyakan pada Risda tentang kebun getah aku ni.aku pun search di internet untuk dapatkan maklumat lanjut untuk permohonan tanaman semula di Risda.pada mulanya aku fikir macam tak layak untuk buat permohonan sebab aku dah tanam sendiri anak pokok getah tu kan...
tapi jenis aku ni selagi tak cuba kita tak tahu kan macam mana rezeki kita,aku pun pergi ke pejabat Risda dan bertanya dan tak sangka rupanya aku masih boleh memohon untuk tanaman semula dan secara tak langsung aku didaftarkan sebagai pekebun kecil.
Ada dua jenis permohonan tanaman semula iaitu tanam semula berkelompok atau individu.untuk aku ni aku pilih secara individu.memang proses permohonan ni sangat mudah cuma bawa geran asal dan isi borang permohonan jer ke pejabat Risda.tak sampai sebulan aku terima panggilan pegawai Risda nak datang melawat kebun aku tu.ini prosedur biasa untuk dorang meninjau kebun tu untuk kelulusan permohonan.alhamdulillah,permohonan aku tu diluluskan..dan sehingga kini dah hampir 4tahun semua urusan kebun getah dibantu oleh Risda seperti dari segi kewangan dan baja dan yang bagusnya dorang akan melawat setiap beberapa penggal untuk memastikan pokok getah yang kita tanam tu membesar dengan sihat dan jayanya..hehe
ketinggian pokok getah setahun selepas ditanam |
harap-harap 2018 boleh ditoreh dah la kan..dan harga getah pun harapnya masa tu pun masih stabil tinggi macam 2017 ni jugak kan..hehe
No comments:
Post a Comment